HADANAH: PENJAGAAN ANAK DAN HAK-HAKNYA MENGIKUT ISLAM
1.
PENGENALAN
Islam amat menitik beratkan
penjagaan anak-anak (Hadanah). Proses pembesaran anak-anak menjadi sempurna
jika mereka diasuh dan dijaga berdasarkan lunas-lunas Islam yang telah
digariskan oleh para ulamak.
Penjagaan (Hadanah) hendaklah
diberi perhatian serius terutama di zaman moden ini yang penuh dengan cabaran.
Kedua ibu bapa serta penjaga kepada kanak-kanak itu perlu memberi sepenuh perhatian
dalam mendidik dan mengasuhnya.
Al-quran dan hadis nabi banyak
manggariskan peraturan dan undang-undang berhubung dengan bagaimana hendak
menjaga anak setelah berlaku perceraian dan siapa yang lebih berhak dalam
menjaga dan mengasuh anak-anak yang masih kecil.
Firman Allah:
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
Maksudnya.
“Wahai orang-orang yang beriman,
pelihara dan jagalah diri-diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka”
(At-Tahrim : 6)
Pengajaran yang dapat diambil dari
ayat tersebut ialah setiap penjaga dan pengasuh hendaklah menjaga orang di
bawah jagaannya termasuk kanak-kanak kecil dengan cara yang baik dan mengikut
lunas-lunas Islam supaya mereka tidak masuk neraka.
Bagi menguatkuasakan hukum-hukum
fiqah yang sedia ada sejak dahulu lagi, maka kerajaan telah menggubal dan
meluluskan Undang-undang Keluarga Islam dan telah dikuatkuasakan di seluruh
negara Malaysia sejak tahun 1992 hingga sekarang.
2.
DEFINISI HADANAH (PENJAGAAN ANAK)
Hadanah mengikut Bahasa;
Ia diambil daripada perkataan
“Al-Hidhu” yang membawa makna peluk, dakap atau kelek.
Dari segi syarak;
Memelihara atau membela
orang-orang yang tidak boleh hidup dengan bersendirian (tidak tahu mengawal hal
keadaan dirinya) seperti kanak-kanak atau orang gila.
Atau; Hadanah ialah menjaga,
memimpin dan mengatur segala hal anak-anak yang belum dapat menjaga dan
mengatur dirinya.
3.
HUKUM HADANAH
Mengasuh atau menjaga anak-anak
yang masih kecil adalah wajib. Mengabaikannya bererti akan membinasakannya.
Oleh itu hadanah adalah wajib kepada mereka yang telah dipertanggungjawabkan.
4.
HIKMAH
Anak-anak akan hidup dan membesar
dengan lebih sempurna. Perkara ini wajib dilaksanakan oleh ibu atau bapa atau
orang yang telah ditentukan oleh undang-undang syarak’. Kewajipan ini tidak
boleh diabaikan, sekiranya diabaikan bererti menghancurkan masa depan anak-anak
tersebut.
5.
SEBAB-SEBAB HADANAH
Sebab-sebab hadanah itu wajib
terhadap kanak-kanak yang masih kecil ialah apabila berlakunya perpisahan di
antara suami dan isteri dan mereka mempunyai anak-anak yang masih kecil seperti
berikut:
I.
Perpisahan disebabkan perceraian
II.
Perpisahan disebabkan Fasakh
III.
Perpisahan disebabkan Lian
IV.
Perpisahan disebabkan Kematian
V.
Anak tidak sah taraf
?? Siapakah yang akan mengasuh dan
menjaga anak-anak yang masih kecil setelah ibu dan bapanya berpisah?
?? Siapakan yang berhak untuk menjaga
kanak-kanak tersebut?
?? Berapa lamakah tempoh masa
penjagaan kanak-kanak itu?
Sebenarmya banyak persoalan yang
boleh ditimbulkan berhubung hadanah atau penjagaan anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan